SELAMAT DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 16, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM

Buat seluruh pelajar-pelajar asrama yang cintakan ilmu pengetahuan sedarlah bahawasanya peperiksaan akhir tahun yang akan bermula pada 19 otkber bagi tingkatan 4 dan 24 oktober bagi tingkatan1 dan 2 akan menilai sejauh mana pengetahuan ilmu yang anda dapat sepanjang tahun ini. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk terus menerpa kejayaan demi kejayaan sebagai hadiah buat ibu bapa yang telah banyak berkorban kepada anak-anak untuk memastikan anak-anaknya berjaya. Buat pelajar SPM yang bakal menjelama selamat maju jaya semoga segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru dapat dipratikkan dan diaplikasikan semasa menjawab soalan pepriksaan nanti. selamat maju jaya.

SEJARAH ASRAMA SMKTBG

Asrama SMK Teluk Bahang merupakan satu entiti yang dibina bagi tujuan pembentukan sahsiah pelajar. Asrama ini mempunyai 2 blok iaitu Blok Putera yang dikenali sebagai As-siddiq dan Blok Puteri sebagai Az-Zahra. Asrama ini telah diasaskan oleh Tn.Hj Abdul Malek bin Othman selaku peneraju pertama SMK Teluk Bahang(2002 -2008). Ia telah dibuka dengan rasmi pada tahun 2003 dengan kemasukan seramai 65 orang pelajar sebagai perintis pertama. Mereka ini merupakan pelajar yang terpilih dalam kelas aliran agama(KAA). Pelajar-pelajar aliran agama ini perlu mengambil subjek tambahan iaitu bahasa arab dan taranum berbanding pelajar-pelajar aliaran biasa. Dengan berpaksikan motto IQRA dan bervisikan berketerampilan dan kecemerlangan asrama SMTBG terus mengorak langkah menerpa nama dengan kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Related Posts with Thumbnails